Senarai Hotel di Kota Bharu Kelantan. Kota Bharu Kelantan merupakan sebuah bandar raya yang kian membangun. Bagi pengunjung yang bercuti di Kelantan sudah semesti inginkan penginapan yang selesa namun tidak terlalu mahal sehingga membebankan.
Disini aku senaraikan beberapa Hotel yang sering aku menginap dan juga selesa untuk percutian anda samaada bersama keluaga mahupun bagi tujuaan outstation.
- Renaissance Hotel.
Terletak di jalan telipot Kota Bharu. Sebuah Hotel 5 bintang. Biasanya untuk tujuaan bisnes mahupun orang-orang kaya.
- Grand Riverview.
Hotel bertaraf 4 bintang ini telah memenangi anugerah hotel terbaik oleh Kelantan State Tourism Award dan juga mendapat Recognition Malaysia Tourism pada tahun 2010.
- Hotel Raudah.
Hotel Raudah terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan stesen bas dan bangunan tabung haji. Selesa dan harga sangat berpatutan.
- Hotel Temenggong
Hotel Temenggong antara hotel yang telah lama beroperasi di Kota Bharu
Suria Hotel yang berdekatan dengan stesen bas dan Pasaraya Giant serta The Store
Hotel Habib dibuka pada tahun 2010. Mempunyai 32 bilik. Sangat selesa dan servis sangat memuaskan. Berdekatan dengan Lembaga Tabung Haji dan boleh berjalan kaki untuk ke Stadium Sultan Muhammad IV.
Hotel yang paling baru. Dibuka pada 2011. Bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Kampung Kraftangan, monumen bersejarah dan berdekatan dengan Tambatan DiRaja
Hotel di Sekitar Wakaf Che Yeah
Hotel-hotel di sekitar Wakaf Che Yeh merupakan hotel yang masih lagi baru dan sangat dicadangkan. Sangat sesuai jika anda mempunyai jadual percutian yang padat dan ingin menikmati penginapan yang masih baru dan selesa.
Kelebihan menginap di sini kawasannya merupakan pasar Wakaf Che Yeh yang popular serta lokasinya yang strategik. Jika menginap di sini, anda boleh bersiar-siar di pasar malam Wakaf Che Yeh selepas keluar dari pintu hotel, hanya berjalan kaki sahaja.
Sebelum membuat tempahan hotel, pastikan hotel yang dipilih menepati citarasa anda termasuk pelbagai kemudahan yang disediakan selain daripada harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
- Seroja Inn (Hubungi 09-741 6767)
- Penuh Inn (09-7412490 / 7412491)
- Holiday Villa Hotel and Suites (09-7474004) - Holiday Villa & Suites. Paling baru di Wakaf Che Yeh
Tips Memilih Hotel
Antara faktor yang perlu diambil kira adalah sebelum membuat tempahan adalah:
- Harga kadar bilik
- Servis dan layanan yang diberikan
- Keselesaan
- Kemudahan Wifi, TV LCD dgn Astro dan parking kenderaan
The post Senarai Hotel di Kota Bharu Kelantan appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.