Hotel di Kuantan | Hyatt Regancy Hotel Review. Hujung-hujung minggu ni biasalah kalau aku cuti dari kerja tetap aku, aku akan cuba penuhi mana-mana invitation review pasal blog ni. Tak kisahlah hotel ke makan ke apa ker. Janji aku free masa tu boleh lah aku buat kerja part blogging ni. Daripada aku duk melangut jer kat rumah baik aku kerja sikit. dapat juga token boleh kumpul untuk kahwin nanti.
Berbicara mengenai hotel review kali ini aku berpeluang untuk merasai Hyatt Regancy Hotel yang terletak di teluk cempedak kuantan. Jarak daribanda kuantan hanya 15 minit sahaja kalau drive. Kalau dari rumah aku 10 minit sampai dah kat Hyatt Regancy Hotel.
Alang-alang dah dekat rumah apa salah nya aku stay kat sana kan. Boleh jugak hirup udara pantai yang awesome tu.
Permandangan petang-petang tak yah cakap lah memang terbaik. Malam dan pagi pula tersangat lah indah dan tenang jer suasana.
stay di Hyatt Regancy Hotel boleh dikatakan not bad lah jugak lah. Aku suka suasa dia yang tenang tu lagipun Hyatt Regancy Hotel ni banyak kemudahan yang disediakan.
Antaranya:
- Tempat parking kereta yang banyak
- Ada 2 swimming pool outdoor
- View dari bilik hotel memang terbaik
- Terdapat banyak kedai makan sekitar Hyatt Regancy Hotel
- Weekend Themed Buffet
- Family-fun
- Water Sports
- Pool
- Fitness Centre
- Bayou Spa, Kuantan
- Nightlife at Hotel
Ini antara beberapa shoot dari iphone 6 plus yang sempat aku rakam sekitar Hyatt Regancy Hotel.
Harga tu standard lah harga taraf hotel 5 bintang. Bilik yang aku stay semalam harga RM400 ++
Untuk matlumat lebih lanjut boleh ke laman web rasmi Hyatt Regancy
Hyatt Regency Kuantan Resort
Telok Chempedak, 25050 Kuantan
Pahang, Malaysia
Tel: +60 (9) 518 1234
Fax: +60 (9) 567 7577
Email: kuantan.regency@hyatt.com
The post Hotel di Kuantan | Hyatt Regancy Hotel Review appeared first on Faizal Fredley.