
Tijili Hotel Seminyak Bali | Hotel in Bali Indonesia
Tijili Hotel Seminyak Bali | Hotel in Bali Indonesia. Setiap kali pergi becuti, tak kisah lah dalam negara mahupun luar negara, Hotel atau tempat penginapan akan menjadi salah satu perkara wajib di titik beratkan bagi memastikan percutian anda berjalan lancar.
Sama penting dengan pengangkutan, penginapan yang selesa dan lokasi yang strategik memainkan peranan yang penting dalam sebuah percutian. Hotel yang bagus dan harga yang berpatutan menjadi idaman bagi setiap orang yang bercuti.
Terdapat banyak cara mudah pada masa kini untuk mencari hotel dengan harga yang rendah dan selesa. Salah satu apps yang aku selalu guna adalah Skyscanner. Skyscanner ni bukan sahaja boleh cari tiket flight murah je, hotel pun boleh.
Dalam entry ini aku kongsikan sedikit Tip Memilih Hotel yang bagus dan Hotel in Bali, Indonesia.

Aku suka swimming pool kat sini. lagi2 waktu malam. Memang releks
Last month aku fly ke Bali, Indonesia selama 6 hari. Almost 1 week. Sepanjang aku di Bali, aku menginap di Tijili Hotel Seminyak. Salah satu hotel yang cantik dan lokasi yang sangat strategik di Bali.
Memang tak menyesal aku stay di hotel ni. Biasa kalau aku stay lama di satu satu tempat aku lebih gemar bertukar hotel, sebab nak merasai suasana yang berlainan. Tapi kali ni aku stay di hotel ni untuk 6 malam.
Apa yang best, lokasi hotel ni terletak di seminyak. Seminyak ni lebih kepada hiburan city. kalau korang datang kebali nak berhibur please please cari hotel area seminyak.
Petang petang korang hanya boleh jalan kaki sahaja untuk lepak ke pantai yang agak popular di bali ni iaitu Jimbaran Beach. Kalau nak tengok sunset kat pantaini salah satu spot yang terbaik untuk layan sunset.
Pagi-pagi korang juga boleh buat morning walk ke pantai. hanya mengambil masa 5 minit jalan kaki jer.
Ok so kalau korang bercadang nak datang ke bali korang boleh cuba stay di Tijili Hotel Seminyak….memang tak kan rugi.
TIP MEMILIH HOTEL UNTUK PERCUTIAN
- Tujuan Percutian
- Pastikan Dengan Siapa Anda Akan Pergi
- Budget
- Lokasi Tempat Menginap
- Kemudahan Hotel
Photo of Tijili Hotel Seminyak, Bali…..

Jimbaran Beach. Terletak lebih kurang 1km dari Hotel Tijili

bersantai di Swimming Pool Tijili Hotel

Bilik di Tijili Hotel. Simple dan selesa.

Tijili Hotel Seminyak, Bali

Tijili Hotel Seminyak

Tijili Hotel Seminyak, Bali

Tijili Hotel Seminyak, Bali

Tijili Hotel Seminyak, Bali

Tijili Hotel Seminyak, Bali

Tijili Hotel Seminyak, Bali

Tijili Hotel Seminyak, Bali
The post Tijili Hotel Seminyak Bali | Hotel in Bali Indonesia appeared first on Faizal Fredley.