Quantcast
Channel: HOTEL & RESORT Archives - Faizal Fredley
Viewing all articles
Browse latest Browse all 77

Grand Lexis Port Dickson Sesuai Untuk Percutian Keluarga

$
0
0

Grand Lexis Port Dickson

 

Grand Lexis Port Dickson Sesuai Untuk Percutian Keluarga. Sempena hujung minggu yang agak istimewa kerana hari ibu aku telah merancang untuk bawak seisi keluarga bercuti di Port Dickson. Kenapa Port Dickson? Ok aku pilih PD kerana lokasinya yang dekat dengan KL dan ianya terletak di tepi pantai.

 

Mula-mula masa plan tu aku memang buntu tak tau nak duk mana. Sebab kebanyakkan hotel di PD yang ok harga agak mahal. Ada yang murah pun agak scary untuk menginap. Dan keselesaan amat penting jika bercuti bersama keluarga ni. Lagi-lagi kalau ada budak-budak. Faham-fahamlah diorng ni suka bermain.

 

So setelah survey hingga ke minit minit terakhir, akhirnya aku memilih untuk stay di Grand Lexis Port Dickson. Selam 3 hari 2 malam jugak lah aku kat sini. Banyak sebab aku pilih Grand Lexis ni. Sebelum ni aku juga pernah stay di Lexis Hotel dan Lexis Hibiscus, dua2 resort ni agak memuaskan hati. Nak ke Hibiscus tapi harga pada hujung minggu terlampau mahal dan bilik pun banyak fully book. Manakala Lexis pula tak ada private pool. Jadi aku ambil lah Grand Lexis. Dari segi harga boleh tahan lah. Dalam RM700++ per night. Tapi tak mengapa sebab bilik sangat luas. Muat untuk aku letak seluruh ahli keluarga dalam satu bilik jer. Ada 2 King bed dan set sofa. Yang lain-lain tido bawah jer sebab lantai kayu.

 

Sunset di Port Dickson

 

Di dalam bilik pula ada ruang makan dan private pool. So memang seronok lah budak-budak ni duk berendam. Budak-budakkan memang akan tertarik dengan air ni. Aku sendiri pun suka berendam. Private pool kat Grand Lexis agak besar berbanding dengan Hibiscus. Cuma Hibiscus private pool berkonsepkan outdoor. Ada view yang menarik dan sangat romantik. Boleh tgk sunset sambit berendam dalam pool.

 

Dari segi lain-lain aku tak pasti macam mana cuma bilik luas dan selesa. Breakfast pula aku tak leh komen sebab voucher breakfast hanya untuk 2 orang sahaja walaupun bilik family. Part ni mungkin pihak hotel patut fikit balik dapat tambah 2-4 org pun tak per dah aku rasa.

 

Sepanjang aku berada di Grand Lexis satu je yang aku agak keciwa iaila Wifi yang agak slow. Dah lah celcom pun sedang tenat sekrang. Bagi aku yang selalu kerja online ni ianya agak menganggu sikit lah. Tapi tak pasti lah kalau memang ni motip piha hotel untuk  kurangkan wifi. Namun aku rasa pihak hotel tetap kena baiki wifi ni. Maklumlah hotel bertaraf 5 star kot.

 

 

Lokasi Grand Lexis pula agak jauh dari pantai. So kalau nak mandi pantai tu kena keluar jauh sikit. I mean kena drive. Tempat makan sekitar Garand Lexis pun agak kurang. Paling kurang adalah daya tarikan disekitar Hotel agak kurang. Adalah aktiviti sekitar hotel macam memanah bagai tu tapi still kena bayar asing.

 

Overal aku bagi 4/5 star

  • Keselesaan Bilik: 5/5
  • Staff : 4/5
  • Kebersihan : 4/5
  • Wifi : 2/5
  • Harga : 4/5

 

Jenis bilik yang aku stay ni Deluxe Suite with Private Pool

  • 2 King Bed
  • 1 Private Pool
  • Wifi
  • TV
  • Set Sofa
  • Dining Area

Deluxe Suite with Private Pool

2 King Bed. Luas kan…

Budak2 pun seronok berlari.

Percaya tak bilik ni boleh muat 3 family. Aku yg bujang tdo kat sofa je

2 King Bed

Ni tempat aku tido dan disini juga lah trempat aku buat kerja

Sesekali tu ada gak lah pengacau kecil

Trade mark lexis…

Dining Hall

Private Pool

Haaa.Pagi-pagi lagi aku dah start berendam dah…

Bilik air dan Toilet

Ruang bilik air

Grand Lexis PD

Ini lah view depan bilik

Taman permainan tepi pantai. Jauh sikit dari hotel

 

Ok lah itu je lah komen aku. Apapun pun terima kasih pihak Grand Lexis kerana pernah offer aku untuk stay di sini. Dan bagi korang kalau mencai tempat untuk percutiaan keluarga aku sarankan Grand Lexis. Sebab biliknya besar ya amat….

The post Grand Lexis Port Dickson Sesuai Untuk Percutian Keluarga appeared first on Faizal Fredley.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 77

Trending Articles


Practice Sheet of Right form of verbs for HSC Students


Sarah Samis, Emil Bove III


ZARIA CUMMINGS


Need radio code for IVECO Delphi Aptiv FJ5 RBT M16


Black Angus Grilled Artichokes


Ed Sheeran – Sapphire – Pre-Single [iTunes Plus M4A]


Sunny Garcia’s Ex-Wife Colleen McCullough


99 God Status for Whatsapp, Facebook


Funeral of Sir Warwick Franklin


MHDD