
Regalia Suite & Residence Homestay KL – Amazing Pool in Malaysia
Regalia Suite & Residence Homestay KL – Amazing Pool in Malaysia. Baru-baru ni aku ada ternampak beberapa rakan facebook posting gambar infinity swimming pool kat KL. Yang menariknya pool ni berlatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur. Paling jelas boleh nampak KLCC dan KL Tower. Cantik sangat.
Jadi hasil carian google terjumpalah dimana infinity pool yang cantik dan gempak itu. Rupanya terletak di Regalia Residence Homestay di jalan Kuching. Tak jauh pun. Aku pun selalu je lalu jalan ni. Tak perasan pulak. So apa lagi terus cari kat booking.com dah jumpa tapi penuh pulak. Lagi-lagi untuk weekend. Nak ambil weekdays aku pulak tak free. Kalau nak ulang-alik dari UPM ke Jalan Kuching ni boleh tahan jauh dia. Lagi satu jem nak hadap.

Swimming Pool Tingkat 37
Tapi tak apa lah aku cari lagi then jumpa LivingSpaceMY di facebook. Terus dapatkan contact number dan booking direct dari sana. Alhamdulillah dah settel booking untuk weekend. Aku booking sebulan awal kot sebab takut penuh. Dah settel booking dan dapat no id aku dah boleh releks. Hanya tunggu masa nak check in sahaja.
Regalia Suite Kuala Lumpur @Sultan Ismail merupakan suite residence mewah yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Dari Regalia para pengunjung boleh menyaksikan keindahan bandar KL. Memang ianya suatu kelainan jika dibangdingkan dengan hotel-hotel lain. Walaupun residence ni jenis mewah tapi dari segi harga akurasa masih lagi murah jika dibangdingkan dengan hotel-hotel lain sekitar KL ni.
Aku di Regalia selama 3 hari 2 malam. Stay di apartment ni berbeza dari stay di hotel sebab bila stay di apartment ni aku rasa macam stay di rumah sendiri. Terletak di tengah tengah bandar KL membuatkan aku tak boring duk terperuk dalam bilik. Nak makan pun senang boleh je ke Kampung Baru. Petang-petang boleh lepak kat Pool.

View Kota Kuala Lumpur di waktu senja

Suasana malam di tingkat 37
Saat pertama kali melangkah masuk di Regalia ni pun aku dah teruja semacam. Ruang lobby yang mendamaikan dan dipenuhi pokok2 ibarat berada di dalam taman pun ada jugak ..Penggunaan kolam di laluan pejalan kaki membuat kita rasa kool jer. Sistem check in dan check out yang smooth pun menjadi salah satu kelebihan untuk stay di sini. Tak perlu nak tunggu sampai berjam jam untuk check in.
Dah masuk bilik. Rehat kejap. Petang baru naik swimming pool. Serius 3 hari aku kat sini petang2 aku lepak kat pool jer. Hari minggu agak crowded sikit. Orang kata kalau nak stay sini better amik weekdays. Boleh releks. Tapi tak kisah boleh jugak cuci2 mata kat swimming pool. Eh.
Saat aku melangkah masuk ke Apartment, aku rasa wow. Macam rumah sendiri tapi versi aku yang kaya. hehe. Apartment ni bukan sekadar mewah dan bercirikan modern style malah apartment ni cukup selesa bagi aku. Ada satu bilik tidur, ruang tamu, ruang dapur dan toilet di lengkapi mesen basuh dan water heater. View dari tingkat 28 juga sangat cantik.

sesuai utk jenis flash packer atau travel writer ataupun bisnes travel

Gym. Ruang yg luas. Barang2 basic tu lengkap.
Selain swimming pool di tingkat 37 yg view kota Kuala Lumpur, Kat sini juga ada swimming pool tingkat 5. Tingkat 5 lebih kepada family untuk kanak2 sebab disediakan kolam utk kanak-kanak jugak. Swimming pool tingkat 5 pun not bad. View block-block di Regalia. Nice view jugak.
Aku stay bilik jenis apartment and suite 1 bedroom deluxe. cukup selesa untuk 2 org. Kalau nak stay ramai LivingSpace ada macam-macam jenis bilik lain jugak. Seperti hotel kat sini juga ada wifi, gym, swimming pool, On-Site Parking, Airport Transfer, Cleaning Service dan yang penting LivingSpace ni Fully Furnish.

Bersantai sahaja di Swimming Pool Tingkat 37

Swimming pool tingkat 5. Ada swimming pool utk kanak2 juga
Bila stay disini mesti korang akan tertanya-tanya nak makan kat mana. ok di sini ada sebuah cafe di bahagian lobby tak pasti nama apa sebab aku makan kat luar. Bagi mereka yang tak ada kenderaan boleh makan kat lobby. Bagi mereka yanga da kenderan boleh makan di kawasan Kampung Baru. Selain itu, jarak apartment ini dengan attraction di KL pun tak jauh. Sambil-sambil tu boleh lah korang pusing-pusing di sekitar bandar KL.
Kalau memang betol-betol malas korang boleh jer masak dalam aparment. Barang-barang basic seperti pisau, pinggan, gelas tu semua ada. Masak simple-simple boleh lah. Masak maggie ker kan. Tu bagi yang bujang macam aku. bagi yang family boleh lah masak simple2 nasi goreng ker. Aku hari tu order McD then buat coffee. Sebab disediakan juga coffee macam kat hotel tu.

Hall + ruang makan.

Ruang makan

Cukup selesa untuk seorang atau dua

Ruang bilik air. Ada mesin basuh juga
LivingSpace APARTMENT & SUITES
- Studio Executive Queen @ Regalia – from RM175 per Night
- One Bedroom Deluxe @ Regalia – from RM185 per Night
- One Bedroom Executive @ Regalia – from RM185 per Night
- One Bedroom Premier @ Regalia – from RM205 per Night
- Two Bedroom Executive @ Regalia – from RM259 per Night
- Two Bedroom Deluxe @ Regalia – from RM259 per Night
- Two Bedroom Premier @ Regalia – from RM269 per Night
- Two Bedroom Standard @ Regalia – from RM259 per Night
- Two Bedroom Queen Suite @ Regalia – from RM259 per Night
- Studio Executive Queen @ Signature – from RM189 per Night
- One Bedroom Executive @ Marc – from RM249 per Night
- Studio Executive King @ Marc – from RM227 per Night

Bahagian Lobby yg mendamaikan

Tingkat 5 pun berkonsepkan taman

laluan di lobby dikeliling kolam2
So far ramai jugak yg tanya dan mintak info tentang Regalia ni. Belum publish kat blog lagi pun dah ramai yang pm tanya kat Facebook dan Instagram. So korang tu meh cepat2 booking. Kang takut penuh lak kalau booking lambat.

Konon2 mandi air terjun gituh

waktu ni dalam jam 2 ptg. tak ramai sangat. Kalau ada tu tourist yang lepak2
Ok bagi korang yang nak stay di Regalia Residence Homestay KL boleh tengok info di bawah.
LIVINGSPACE MALAYSIA
- Email : hello@livingspace.com.my
- Tel: +60 3 2202 4240
- Fax: +60 3 2202 4001
- Facebook :LivingSpaceMY
- Website : https://www.livingspace.com.my/
ADDRESS LivingSpaceMY
- Address : Suite 8.01, 8th Floor, Menara IGB, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
ADDRESS Regalia Residence KL
- Regalia Suites & Residences No. 2, Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail 50480 Kuala Lumpur
Overall aku puas hati menghabiskan masa-masa hujung minggu kat Regalia ni. Nak keluar ke KL pun tak jauh sangat. Bagi mereka yang stay di sini pun banyak tempat-tempat boleh pergi sekitar Regalia ni. So apa lagi, Korang tak nak ke ambil gambar meletop kebabom duk swim sambil berlatarbelakangkan menara KLCC dan KL Tower. Confirm byk like kat IG dan Facebook nanti.
Terima kasih kepada LivingSpaceMY atas peluang yang berharga ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh KLIK SINI
The post Regalia Suite & Residence Homestay KL – Amazing Pool in Malaysia appeared first on Faizal Fredley.