Over Night at Resort Suites Hotel Bandar Sunway. Weekend gateway sebelum bercuti meyambut Hari Raya Puasa katanya. Hotel pilihan aku minggu ni tak begitu jauh dari kediaman aku, hanya mengambil masa dalam 30 minit depend on traffic untuk tiba di lokasi hotel pilihan minggu ini.
Resort Suite Hotel yang terletak betul-betul di Bandar Sunway bagi aku secara peribadi agak menjadi pilihan jika aku bercuti di Sunway. Terletak bersebelahan dengan shopping mall Sunway Pyramid dan juga Sunway Lagoon hotel ini pastinya menjadi salah satu lokasi yang bagus untuk bersantai.
Uniknya hotel ini kerana ianya bercirikan suites dan juga studio apartment. Ini menjadikan hotel ini lebih sesuai buat para pelancong jika datang ke Sunway. Biasanya buat masa sekarang bilik jenis studio dan apartment menjadi pilihan disebabkan iainya lebih fleksible jika dibangdingkan dengan hotel. Seperti bercuti di rumah sendiri. Boleh memasak dan mempunyai ruang yang luas. Dari segi harga pula memang reasonable dan masih lagi di dalam kategori murah.
Untuk over night kali ini aku berpeluang untuk bermalam di bilik jenis King Deluxe Studio. Dimana ianya di lengkapi satu katil King, Ruangan dapur (boleh memasak), Dining Area, Work Area, Balkoni dengan permandangan Sunway Lagoon dan juga Bilik air termasuk Bath Tub. Memang sesuai untuk mereka yang jenis busness trip macam aku ni. Saja-saja nak ambil mood untuk kerja kan. Bila duk kat rumah nak cari idea untuk menulis kadang-kadang rasa malas. So bila stay di Hotel ni tak de alasan untuk tidak buat kerja sebab bilik kat sini memang lengkap.
Selain itu, Resort Suite Hotel menyediakan beberapa lagi jenis bilik dengan pemandangan yang berbeza. Seperti mana bilik aku, pemandangan menghadap Sunway Lagoon Theme Park. Dan satu lagi menghadap bandar Sunway. Both panorama is awesome.
JENIS-JENIS BILIK DI RESORT SUITES HOTEL SUNWAY
- Deluxe Studio (King/Twin)
- Executive Studio (King/Studio)
- Family Suites
- Executive King Suites
Semua jenis bilik di sini berlainan harga bergantung kepada musim yang anda datang. Biasanya untuk hari weekend harga agak mahal tapi masih boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan hotel-hotel lain berdekatan bandar Sunway ni.
LOKASI YANG STRATEGIK
Dari segi lokasi aku rasa tak perlu aku explain dah rasanya. Lokasi hotel ni dah cukup mantap dah. Bersebelahan dengan Shopping Mall Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon Theme Park boleh jalan kaki jer. Untuk ke Theme Park pun boleh jalan kaki jer. Memang terbaik lah dari segi Lokasi. Kalau dari bandar KL pun hanya ambil masa lebih kurang 30 minit ja pun.
- Sunway Pyramid Shopping Mall
- Sunway Lagoon Theme Park
Kat sini juga aku shopping baju raya. Macam nak patah kaki pusing-pusing kedai kat sini. Banyak pilihan pulak tu. Masuk kedai tu rasa nak beli, Masuk kedai ni pun nak beli. Pokai duit aku lama-lama duk kat sini. Shopping Mall kat sini juga besar, macam-macam ada.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Semuanya cukup lengkap. Apa lagi nak? Nak shopping boleh nak main air pun boleh. Di hotel ni juga ada di sediakan Gymnasium untuk mereka yang aktif bina badan. Kot-kot lah nak sado kan diri kan. Maklumlah bagi mereka yang jaga body ni bersukan kat Gym memang tak boleh tinggal, kan kecut lah semua otot-otot. Untuk mereka yang nak bersantai santai di sini juga ada Spa ye. Boleh lah kalau setakat nak manja-manja kan diri tu.
Selain itu, banyak lagi aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Hari tu aku sempat main Archery dan Bawling. Ada juga Ice Skating bagi mereka yang minat nakberskating tu.
TEMPAT MAKAN DI SEKITAR RESORT SUITES HOTEL
Makan pula tak perlu risau. Dalam Mall semua ada. Pilih je nak makan apa semua ada di sini. Nak makan masakan Thai? Masakan cina? Fast Food? fuhh semua ada. Masa aku stay kat sini aku berbuka puasa di Nando’s. Lama dah rasa tak makan kat sini. Habis berbuka boleh terus lepak kat bilik jer. Sementera nak tunggu buat aktiviti malam.
Ni beberapa pilihan tempat makan yang korang boleh try 4Fingers, Crispy crust, Kenny rogers, Ole ole Bali, Nando’s, Paparich, Secret recipe, Seoul Garden, Simply Penang, Thai Thai , Chicken Rice Shop, Tony Roma’s, Sushi King, Sushi Zanmai, Starbuck, Ayam Penyet Ria, Boat Noodles. Bulih pate nok pilih ore kato.
Kalau nak makan jenis light-light boleh makan dekat KFC, McDonald, Sanwich Express, Tealive, Hokkaido Baked Cheese Tart, Gong Cha, Auntie Anne’s Pretzel, Baskin Robbins, Boost Juice. Paling syok kat sini juga ada Startbuck. Fuh aku kalau malam-malam memang syok pekena air kat sini.
PAKEJ SUNWAY LAGOON COMBOO
Bagi mereka yang datang Sunway semata-mata nak ke Sunway Lagoon Theme Park boleh ambil pakej Comboo. Yang pasti pakej ni lagi menjimatkan. Pakej Kombo Sunway Lagoon pada harga RM 449.00 nett (musim tidak puncak) dan RM 499.00 (musim puncak) dan tetamu akan mendapat keutamaan untuk mendaftarkan diri di dalam program keahlian ini.
Apa pula Pakej Keahlian Resort Suites Hotel?
Ok dengan pakej ni anda boleh juga menikmati beberepa kelebihan juga antaranya adalah:
- Percuma 1 malam penginapan di Hotel Resort Suites (RM280.00 nett (musim tidak puncak) RM 330.00 nett (musim puncak)
- Percuma 2 tiket dewasa ke Sunway Lagoon (RM 105.00/person)
- Percuma 2 kali permainan memanah (RM 16/game)
- Percuma 2 kali permainan boling (RM 12/game)
- Percuma 2 Baucar Tunai bernilai RM 50 (RM 100)
- Percuma 1 malam penginapan di Artisan Eco Hotel (RM 120/night)
- Nikmati 10% diskaun untuk tempahan seterusnya di Hotel Resort Suites
INFO TAMBAHAN UNTUK MEREKA YANG BERMINAT
Parking untuk mereka yang tinggal di Resort Suites Hotel adalah flat rate dimana anda boleh parking di dalam Sunway Pyramid Mall. Harga RM7 per entry. Lobby Resort Suites pula terletak di tingkat 12 untuk Check in.
Jadi apa lagi. Jika datang ke Sunway ini lah hotel yang sangat recommended yang perlu anda pertimbangkan. Lebih selesa dan lebih jimat. Tak kisah lah anda datang secara individu mahupun dengan keluarga ini lah tempat yang sesuai untuk anda stay. Dan jangan lupa bawa pakaian mandi jika datang bersama anak-anak sebab Sunway Lagoon pastinya menjanjikan keriangan buat anda sekeluarga. Tambahan staf hotel yang friendly membuatkan kita rasa selesa dan selamat senpanjang berada di sini.
Untuk matlumat lanjut boleh tengok info di bawah
RESORT SUITES HOTEL @ BANDAR SUNWAY
- Level 12, Resort Suites, Pryamid Tower East, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150, Petaling Jaya , Selangor.
- Tel: 603-7611-7679/ 6017-5007679
- Facebook: https://www.facebook.com/ResortSuites
- Instagram: https://www.instagram.com/resortsuites
- Laman Web Rasmi: KLIK SINI
RATING FOR RESORT SUITES HOTEL @ BANDAR SUNWAY
- Sleep Quality 5/5
- Rooms 4/5
- Service 4.5/5
- Value 4.5/5
- Cleanliness 4.5/5
- Staf – 5/5
PS: Terima kasih kepada Resort Suites Hotel @BandarSunway atas peluang yang berharga ini.
The post Over Night at Resort Suites Hotel Bandar Sunway appeared first on Faizal Fredley.