Medan, Indonesia. tak terlintas pun aku nak ke Medan ni, last minit jer baru tahu yang aku akan ke Medan, Dalam tengah sibuk kat unimap sempat lagi aku ke Indonesia. So apa lagi, habis jer kelas Khamis petang tu terus drive ke Alor Setar Air Port untuk kejar flight ke Kuala Lumpur. Flight di jadualkan jam 8 malam dari alor setar ke subang.
Travel kali ni aku tak sempat buat persiapan lansung, habis kelas aku terus capai 3 helai t-shirt yang dah basuh then seluar dan lain-lain terus muatkan dalam beg. Barang-barang lain tu aku dah tak fikir dah apa yang aku terlintas aku masuk dalam beg.
Di Medan Indonesia aku di jadualkan untuk menginap di Grand Sakura Hotel berhampiran bandar Medan. Kira-kira 30 minit dari pusat bandar dan 1 jam dari air port Kualanamu Medan. Selama 3 hari 2 malam aku berada di sana agak limited aktiviti yang dapat aku lakukan.
Untuk review grand sakura hotel ni aku boleh puji untuk certain part lah, especially dari segi bilik tu agak selesa walaupun hanya bertaraf 3 bintang.
Ruangan santai di dalam bilik seperti hotel-hotel biasa aku menginap
Part of ruangan santai dan menjadi tempat aku online sepanjang aku di sakura hotel
TV jenis LCD menunjukkan hotel ni agak baru walaupun agak klasik sikit keadaan hotel
Keluasan agak not bad lah. sesuai untuk 2 orang
ehheh….keadaan katil tu boleh abaikan disebabkan gambar ni last day sebelum check out aku snap
hati-hati ada kelibat orang dalam bilik
Bathroom pun agak selesa cuma air panas tak der. nasib baik nak mandi pagi tu tak brapa nak sejuk
keadaan lobi. lebih kurang dengan hotel masa aku duk kat bangkok bulan lepas
Overall boleh dikata kan selesa menginap disini…. cuma air panas dengan plug charger tu problem sikit sebab aku terlupa bawak universal charger….apapun terima kasih kat Grand Sakura Hotel sebab sediakan bilik eksekutif walaupun dalam jadual hanya bilik biasa.
The post Review: Grand Sakura Hotel Medan Indonesia appeared first on Faizal Fredley | Travel the Thing in Lifestyle.