Pandangan dari tingkat satu cukup awesome.
Assalamualaikum, Tahun ni dah tahun ke 5 sebenarnya aku di Perlis, Tercari-cari juga antara hotel yang best di perlis ni, So far bagi aku antara hotel paling best di perlis adalah Putra Palace Hotel, Tapi selepas aku menginap di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis semalam pandangan aku terus berubah.
Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis memang menampilkan ciri-ciri kedamaian kepada pelanggan. Dekorasi landskapnya memang mendamaikan, ditambah pulak dengan kedudukannya di lereng bukit namun tidak jauh dari bandar kangar menyebabkan Hotel ini sesuai untuk seisi keluarga.
Mengenai harga Hotel Seri Malaysia bagi aku tidak lah terlalu mahal. Boleh lah…so far aku pernah menginap di Hotel Seri Malaysia Terengganu dan Kangar jer.
Tentang Makanan breakfast aku rasa memang terbaik, kena dengan cita rasa aku. sedap dan menyelerakan walaupun tak berapa banyak pilihan sangat.
Cuma bagi aku satu jer fail untuk Hotel Seri Malaysia Kangar ni adalah perkhidmatan wifi yang hanya disediakan di lobi hotel sahaja dan tidak di dalam bilik. Ini sangat mengecewakan aku yang memerlukan penggunaan internet 24 jam sebagai rutin harian.
Lain-lain perkhidmatan bagi aku cemerlang termasuk keselesaan bilik.
Mungkin destinasi hotel untuk majlis konvokesyen unimap tahun depan Hotel Seri Malaysia kangar akan menjadi pilihan untuk keluarga aku yang datang dari kelantan nanti. Ditambah pulak majlis konvokesyen unimap akan diadakan di dewan 2020 bersebelahan dengan Hotel Seri malaysia.
kolam renang memang best, sesuai untuk seisi keluarga
laman di sekitar Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis
Lobi Hotel di mana satu satunya tempat untuk disediakan internet
bahagian depan Hotel Seri Malaysia, nampak macam resort kan
The post Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis Review appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Great Lifestyle.